Tuisyen Yang Sesuai Dengan Anak Anda. Pembelajaran Yang Lebih Terarah.

Bimbingan tutor secara individu 1-to-1 atau kumpulan kecil untuk membantu anak memahami pelajaran, membina keyakinan dan meningkatkan penguasaan akademik.

  • Konsultasi awal percuma.
  • Tiada yuran pendaftaran.
  • Tutor melalui proses saringan.

Pilihan program

Pilih cara belajar yang sesuai dengan keluarga anda

A · Tuisyen online

Kumpulan kecil, seluruh Malaysia

RM80 / bulan

Small group tuition · murid sekolah rendah

  • Maksimum 10 murid sebuah kelas (Tahun 1–3)
  • 4 sesi sebulan secara online
  • RM20 setiap sesi
  • Lebih banyak ruang interaksi dengan tutor
  • Kelas bermula apabila cukup minimum 3 murid
  • Terbuka untuk seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

Tahun 4–6 & UPKK

Matematik, Sains dan UPKK: 1.5 jam, RM28 setiap sesi. Maksimum 20 murid, minimum 3.

atau isi borang ringkas
B · Home tuition

Home Tuition Premium 1-to-1

Dari RM400 / bulan

Setia Alam & kawasan sekitar · sekolah rendah & menengah

  • Tutor datang ke rumah
  • Bimbingan individu
  • Perhatian khusus kepada seorang pelajar
  • Sesi 2 jam sekali seminggu bagi satu subjek (RM50 sejam)

Kawasan perkhidmatan

  • Setia Alam
  • Puncak Alam
  • Puncak Perdana
  • Bukit Jelutong
  • Alam Budiman
  • Eco Grandeur
  • Eco Ardence
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Seksyen 13 Shah Alam

Subjek

Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Sejarah. Tingkatan 4–5 termasuk Prinsip Akaun, Ekonomi, Biologi, Matematik Tambahan, Perniagaan, Fizik dan Kimia. Kelas membaca (mulai 4 tahun) dan IGCSE juga ada.

atau isi borang ringkas

Tawaran pendaftaran awal

Yuran bahan latihan (RM50 home tuition / RM30 online) dikecualikan bagi pendaftaran sehingga 31 Disember 2026.

Jadual kelas

Kelas online November 2026

SubjekTahapHari & masaMulaYuranTempat tersediaStatus
MatematikTahun 1–3Ahad, 9.00–10.00 pagiAhad, 15 NovRM80 / bulan10 (min. 3)Buka pendaftaran
EnglishTahun 1–3Ahad, 8.30–9.30 malamAhad, 15 NovRM80 / bulan10 (min. 3)Buka pendaftaran
SainsTahun 1–3Isnin, 8.30–9.30 malamIsnin, 9 NovRM80 / bulan10 (min. 3)Buka pendaftaran
Matematik (sesi kedua)Tahun 1–3Rabu, 8.30–9.30 malamRabu, 11 NovRM80 / bulan10 (min. 3)Buka pendaftaran
MatematikTahun 4–6Selasa, 8.30–10.00 malamSelasa, 10 NovRM28 / sesi20 (min. 3)Daftar minat
SainsTahun 4–6Khamis, 8.30–10.00 malamKhamis, 12 NovRM28 / sesi20 (min. 3)Daftar minat
UPKKTahun 5 (sekolah agama rendah)Ahad, 10.30 pagi–12.00 tengah hariAhad, 15 NovRM28 / sesi20 (min. 3)Daftar minat

Buka pendaftaran: kelas berjalan apabila cukup 3 murid. Daftar minat: kelas dibuka sebaik sahaja 3 murid mendaftar, dan kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan tarikh mula. Home tuition: jadual ditetapkan bersama tutor mengikut masa keluarga anda.

Kenapa ibu bapa percaya EDUVERA

Bagaimana kami memilih tutor

  1. Permohonan & semakanSetiap tutor mengisi borang permohonan dan disaring mengikut kelayakan, pengalaman dan kawasan.
  2. TemudugaTermasuk soalan integriti dan cara tutor berkomunikasi dengan murid serta ibu bapa.
  3. Sesi demo mengajarKami lihat sendiri cara tutor menerangkan sebelum dipadankan dengan murid.
  4. Perjanjian & etikaTutor menandatangani perjanjian dan komunikasi dikendalikan dalam kumpulan WhatsApp rasmi.
Dipadankan dengan telitiAnda dimaklumkan tentang tutor yang dicadangkan sebelum kelas bermula.
Diurus oleh EDUVERAIbu bapa, tutor dan pasukan kami dalam satu kumpulan WhatsApp rasmi.
Semakan bulananKami menyemak perkembangan anak anda setiap bulan.
Contoh format laporan

Laporan Kemajuan Bulanan

Murid A · Tahun 3 · Matematik · Kehadiran 4 / 4 sesi

Nombor & operasiBaik
PecahanSederhana
Masalah ayatPerlu latihan

Catatan tutor: Lebih yakin menjawab di papan putih. Fokus bulan depan: soalan ayat dengan latihan 10 minit sehari di rumah.

Ini contoh format sahaja. Nama murid dan penilaian adalah rekaan, bukan laporan murid sebenar.

Cara kerja

Dari pertanyaan ke kelas pertama

  1. Beritahu kamiTahap anak, subjek dan jenis kelas.
  2. Konsultasi percumaKami hubungi anda melalui WhatsApp.
  3. Cadangan kelasTutor dan masa yang sesuai untuk keluarga anda.
  4. Kelas bermulaBayaran bulanan pada minggu pertama setiap bulan.

Di sebalik EDUVERA

Puan Nini Jauhariah, pengasas

Pengajar dan jurulatih dengan lebih 10 tahun pengalaman. EDUVERA ditubuhkan supaya keluarga mendapat tutor yang dipercayai, dengan proses yang telus dan diurus dengan teliti.

Cadangan kelas

Beritahu kami tentang anak anda

Percuma dan tanpa komitmen. Kami hubungi anda melalui WhatsApp dalam masa 1 jam (8 pagi – 10 malam).

Lebih suka berbual terus?

Soalan lazim

Soalan yang ibu bapa selalu tanya

Bagaimana tutor dipilih?

Setiap tutor mengisi borang permohonan, melalui temuduga (termasuk soalan integriti) dan sesi demo mengajar, kemudian menandatangani perjanjian tutor sebelum dipadankan dengan murid. Komunikasi dikendalikan dalam kumpulan WhatsApp rasmi bersama pasukan EDUVERA.

Berapa murid dalam satu kelas?

Kelas online Tahun 1–3: maksimum 10 murid. Kelas online Tahun 4–6 dan UPKK: maksimum 20 murid. Kelas hanya dibuka apabila cukup minimum 3 murid. Home tuition ialah 1-to-1, iaitu tutor mengajar seorang murid pada satu-satu masa.

Ada kelas percubaan?

Kami tidak menawarkan kelas percubaan percuma. Sebaliknya, anda mendapat konsultasi awal percuma melalui WhatsApp supaya kami faham keperluan anak dan mencadangkan kelas atau tutor yang sesuai sebelum anda membuat keputusan. Tiada yuran pendaftaran.

Adakah ada laporan kemajuan?

Ya. Kami menyemak perkembangan anak anda setiap bulan dan berkongsi laporan kemajuan ringkas dengan ibu bapa. Contoh formatnya ada di bahagian atas laman ini.

Bagaimana jika kelas terlepas atau dibatalkan?

Home tuition: kelas yang dibatalkan dengan makluman oleh pihak pelajar atau tutor/EDUVERA diganti pada tarikh dan hari yang dipersetujui bersama. Jika murid tidak hadir tanpa makluman, sesi tetap dikira. Kelas online: jika kelas dibatalkan oleh tutor atau EDUVERA, kelas diganti untuk seluruh kumpulan. Ketidakhadiran seorang murid tidak diganti secara individu.

Berapa yuran dan bagaimana bayaran dibuat?

Online Tahun 1–3: RM80 sebulan (RM20 setiap sesi). Home tuition: dari RM400 sebulan bagi satu subjek (RM50 sejam, sesi 2 jam sekali seminggu). Yuran dikira mengikut bilangan sesi dalam bulan itu dan akan dijelaskan sebelum anda mendaftar. Bayaran dibuat pada minggu pertama setiap bulan; kelas digantung sehingga bayaran dibuat jika yuran belum dijelaskan selepas 7hb. Butiran pembayaran diberikan oleh pasukan kami selepas pendaftaran disahkan. Tiada yuran pendaftaran, dan yuran bahan latihan sekali sahaja (RM50 home tuition / RM30 online) dikecualikan bagi pendaftaran sehingga 31 Disember 2026.

Bagaimana jika saya mahu berhenti?

Boleh, dengan notis 14 hari. Yuran bulan semasa yang telah dibayar tidak dikembalikan, tetapi baki sesi bulan itu masih boleh digunakan. Tiada bayaran balik bagi kelas online yang tidak dihadiri.

Saya di luar kawasan home tuition. Adakah boleh?

Boleh melalui kelas online yang terbuka untuk seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Cadangan kelasWhatsApp